BM | EN | 中文

Selangor lancar geran padanan digital PKS berjumlah RM5 juta

Selangor-SUK.png
Advertisement

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Geran Padanan Digital kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi pendigitalan perniagaan.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menerusi kenyataan memaklumkan program itu bakal memberi manfaat kepada 1,000 PKS di negeri itu.

Jelasnya, antara kriteria yang melayakkan pembekal perkhidmatan digital memohon adalah pegangan milikan adalah 51 peratus warganegara Malaysia dan didaftarkan atau alamat milikan di Selangor.

Advertisement

“Penyedia penyelesaian digital turut dipelawa untuk mendaftar sebagai Penyedia Perkhidmatan Digital dan tarikh tutup permohonan adalah 5 April ini,” menurut sekretariat geran padanan itu, lapor SelangorKini.

Katanya, menerusi program itu, kerajaan Selangor memperuntukkan 50 peratus geran padanan atau maksimum RM5,000 kepada PKS untuk melanggan perkhidmatan digital dalam lima bidang digitalisasi ditawarkan.

“Lima bidang pendigitalan itu ialah e-dagang, sistem sumber manusia, sistem akaun, pemasaran digital dan sistem Electronic Point of Sale (E-PoS) dan gerbang pembayaran,” katanya.

Advertisement

Pendaftaran boleh dibuat menerusi sidec.com.my/selangorsmegrant2021

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top