BM | EN | 中文

Selangor Kerjaya: Peserta ditawar kerja jalani kursus khas

MBI-Selangor-Kerjaya.png
Advertisement

SHAH ALAM, 10 MAC: Pemohon program Selangor Kerjaya yang mendapat tempat dalam pasaran kerja berpeluang mengikuti kursus khas selama setahun.

Ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Norita Mohd Sidek, berkata kursus secara maya dipilih majikan bagi meningkatkan kemahiran serta kualiti kerja dan sijil akan diberikan kepada mereka selepas menamatkan latihan.

“Untuk rekod, seramai 38 daripada 80 individu yang melepasi sesi temuduga dalam talian dan fizikal berjaya ditempatkan ke pelbagai sektor pekerjaan,” kata Norita, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata Selangor Kerjaya mempunyai ciri unik berbanding saluran carian pekerjaan lain seperti pemohon perlu melalui ujian profil untuk proses saringan bagi memahami minat, kemahiran dan jenis kerja sesuai.

“Laporan ini akan dikongsikan dengan mereka sebagai rujukan, malah latihan asas dijalankan untuk menyediakan tenaga kerja yang dipilih untuk ditemuduga.

“Justeru, MBI berharap lebih ramai warga Selangor mengambil peluang mendaftar diri dan membina kerjaya melalui program ini,” katanya.

Advertisement

Pada 26 Januari, kerajaan Selangor melancarkan laman sesawang www.selangorkerjaya.com.my untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa pendek dan panjang.

Usaha tersebut turut dikhususkan kepada individu yang hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top