BM | EN | 中文

Selangor keluar lebih 8,000 lesen sementara kepada penjaja

Ng-Sze-Han-menyantuni-penerima-selepas-menyerahkan-lesen-penjaja-sementara-kepada-mereka-dalam-majlis-berlangsung-di-Sungai-Udang-Klang-pada-8-September-2020.png

Ng Sze Han menyantuni penerima selepas menyerahkan lesen penjaja sementara kepada mereka dalam majlis berlangsung di Sungai Udang, Klang pada September 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kerajaan Selangor telah mengeluarkan 8,386 lesen sementara antara Ogos tahun lalu hingga April tahun ini bagi memudahkan individu terkesan Covid-19 menjalankan perniagaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata inisiatif itu membolehkan penerima beroperasi secara sah hingga hujung tahun ini.

“Tahun lalu seramai 6,361 telah menerima lesen terbabit manakala dari Januari hingga April ini, kita keluarkan 2,025 permit.

Advertisement

“Pemberian lesen dijangka meningkat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Jadi kita minta mana-mana individu yang mahu berniaga segera memohon lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing,” katanya, SelangorKini.

Menurut Sze Han, Majlis Perbandaran Kajang mengeluarkan lesen tertinggi dengan 2,220 diikuti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (1,642) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (1,172).

“Semua penerima merupakan rakyat negara ini dan kebanyakan mereka menjual makanan. Warga asing tidak dibenarkan menggunakan lesen ini.

Advertisement

“Dengan adanya lesen, penerima boleh beroperasi hingga hujung tahun. Setakat ini kita masih belum membuat keputusan sama ada menyambung tempoh itu atau sebaliknya kerana perlu melihat situasi semasa nanti,” katanya.

Bermula Ogos tahun lalu, PBT negeri ini bermula dari Majlis Bandaraya Shah Alam memberikan permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya golongan berpendatan rendah (B40) yang terjejas akibat Covid-19.

PBT perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top