BM | EN | 中文

Selangor guna teknologi nano atasi pencemaran sumber air

Loji-Rawatan-Air-LRA-Sungai-Selangor-I-Bestari-Jaya.jpg

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor I, Bestari Jaya (Gambar Hiasan)

Advertisement

SHAH ALAM, 7 DIS: Teknologi nano bakal diguna untuk membersih dan menjernih sumber air di Selangor secara semula jadi ketika berlaku pencemaran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kaedah tersebut berupaya meningkatkan oksigen terlarut, menghilangkan bau, menghapus minyak dan gris dan mengurangkan logam berat.

“Rawatan air ini juga mengurangkan jumlah pepejal terampai dan terlarut serta memperbaharui kehidupan akuatik.

Advertisement

“Pendekatan biologi yang mengaplikasikan teknologi nano telah diuji dan dianalisis makmal Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan keputusan akhir,” katanya melalui perkongsian infografik berhubung strategi pertama Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) menerusi Facebook hari ini.

SelangorKini Pada 2 Disember, Amirudin berkata SJAM dilaksanakan sebagai langkah jangka pendek sekiranya berlaku pencemaran sumber air.

Beliau berkata insiatif tersebut menggariskan empat langkah iaitu rawatan awal di kolam rawatan, pemantauan dan pengawasan, pembinaan infrastruktur pengepaman terus dari kolam takungan Sungai Selangor serta penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pindaan 2020.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top