BM | EN | 中文

Selangor gerakkan akar umbi bantu penduduk daftar vaksin

Amirudin-Shari.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan ketika merasmikan Pusat Khidmat (Penyelaras) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Ampang Waterfront, Ampang (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

AMPANG, 6 MAC: Pemimpin akar umbi akan digerakkan mulai minggu hadapan bagi membantu masyarakat Selangor mendaftar untuk pengambilan vaksin Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kumpulan berkenaan menumpukan kawasan orang ramai seperti pasar selain berkunjung dari rumah ke rumah sebagai langkah menarik orang ramai melakukan pendaftaran.

“Dalam beberapa hari lagi kita akan beri taklimat menyeluruh. Kita sasarkan rakyat Selangor menerima vaksin menjelang hujung tahun.

Advertisement

“Bagaimanapun ia bergantung kepada pembelian vaksin yang dijangka pada Mei ini. Pendaftaran harus dilakukan cepat bagi membolehkan suntikan dibuat,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad hadir ke Program Turun Padang Parlimen Ampang.

Menurutnya kerajaan Selangor kini sedang mengenal pasti penerima suntikan fasa kedua serta ketiga selain lokasi suntikan yang sesuai.

Advertisement

“Pegawai daerah serta yang dipertua majlis antaranya yang tergolong sebagai penerima fasa kedua kerana mereka terlibat menjaga pusat vaksin,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, Amirudin bersama Exco kerajaan negeri antara 42 individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Shah Alam.

Turut disuntik, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top