BM | EN | 中文

Selangor Fruit Valley jual sayur serendah RM2 mulai esok

Selangor-Fruit-Valley.jpeg
Advertisement

SHAH ALAM, 15 OKT: Mulai esok Selangor Fruit Valley (SFV) akan menjual hasil sayur-sayuran kepada orang ramai dengan harga serendah RM2.

Pengurus pemasarannya, Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata sayur-sayuran yang ditawarkan itu lebih segar berbanding pasaran kerana diambil terus dari ladang SFV.

“Sebelum ini SFV hanya menjual buah-buahan, namun kali ini ada pertambahan baru dengan jualan sayur-sayuran berharga RM2 bagi setiap pek.

Advertisement

“Jualan ini dilakukan setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,” kata Nor Rashidah, lapor SelangorKini.

Katanya antara sayur-sayuran yang dijual ialah bendi, timun, terung, cili, halia, kobis, lobak, limau kasturi, kacang panjang dan peria.

SFV dibuka semula 2 Oktober lepas selepas ditutup sementara selama seminggu mulai 25 September bagi penyelenggaraan dan kemas kini tatacara operasi piawai (SOP).

Advertisement

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala warga asing tiket dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top