BM | EN | 中文

Selangor cadang adakan ekspo promosi produk halal setiap daerah bermula Mei

hab-halal-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan pameran halal di setiap daerah bermula Mei depan, kata Exco Industri Halal, Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata program itu bagi mempromosikan produk halal keluaran usahawan di negeri ini kepada penduduk tempatan.

Exco Industri Halal Selangor, Zawawi Ahmad Mughni

“Pada masa sama, kita turut merancang untuk menganjurkan pameran halal peringkat antarabangsa pada Oktober tahun ini, namun kedua-dua program ini bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Zawawi Ahmad yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna berkata webinar secara maya di peringkat antarabangsa juga bakal dilaksanakan untuk memacu produk halal Selangor ke pasaran lebih luas.

“Program berbentuk ekspo, kempen mahupun seminar dalam talian mampu meningkatkan kesedaran pengusaha mahupun pengguna berkaitan produk halal.

“Kesedaran ini sekali gus dapat memastikan lebih ramai usahawan berusaha untuk mendapatkan sijil halal,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top