BM | EN | 中文

Selangor buka pernohohon IKTISASS, peserta boleh terima elaun sara diri RM1,000 sebulan

IKTISASS-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Selangor membuka pemohonan bagi program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dibuka sehingga 19 November depan.

Empat kursus ditawarkan iaitu juruterbang atau pembantu juruterbang dron, penganalisis data, juruteknik dan jurutera penyelenggaraan serta baik pulih.

Justeru, orang awam terutama bekerja di agensi atau industri di negeri ini digalakkan membuat permohonan.

Advertisement

“Yuran latihan ditaja Kerajaan Selangor selain menerima sijil pengiktirafan. Peserta turut diberi elaun sara diri RM1,000 sebulan selain jaminan kerja dalam industri,” menurut iklan yang dikeluarkan di laman SelangorKini.

Antara syarat kelayakan, pemohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus lima mata pelajaran teras termasuk Bahasa Melayu.

Pemohon atau ibu bapa mestilah warganegara serta lahir atau menetap di negeri ini atau bermastautin lebih 11 tahun di negeri ini.

Advertisement

“Pemohonan perlu lulus temuduga dikendalikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekiranya ada.

“Borang permohonan boleh diperoleh di laman web https://www.selangor.gov.my
dan https://www.selangor.gov.my/?mid=515 ,” katanya.

Pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di talian 017-2655850 dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 0384082200. Pengenalan diri boleh diemailkan kepada iktisass@aerodyne.co

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top