BM | EN | 中文

Selangor buka empat lokasi simpan khazanah sejarah negeri kepada umum tahun ini

Empat-lokasi-simpan-koleksi-sejarah-di-Selangor-dibuka-tahun-ini.png
Advertisement

BANTING, 2 JAN: Empat lokasi di negeri ini yang menyimpan variasi khazanah sejarah dijangka dibuka kepada pengunjung tahun ini, kata Exco Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah.

Borhan Aman Shah

Beliau berkata ia merangkumi Muzium Permainan Tradisi (Kuala Selangor), Gedung Raja Abdullah (Klang), Istana Bandar (Kuala Langat) dan Muzium Sultan Alam Shah (Shah Alam).

Menurutnya, kesemua bangunan terbabit kini pada fasa akhir bagi pengisian koleksi dan bahan sejarah selepas melalui proses tambah baik serta pembinaan.

Advertisement

“Kita akan pastikan semua kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat lawatan bersejarah dapat dibuka kepada orang ramai antara pertengahan hingga akhir tahun ini.

“Apabila beroperasi, kita yakin ia mampu menjadi lokasi pelancongan yang bukan sahaja menarik kunjungan warga tempatan malah masyarakat luar,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Agihan Bakul Makanan kepada penduduk sekitar Seri Jugra di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Jugra di sini hari ini.

Advertisement

Borhan menambah, kerja penaik tarafan Istana Bandar berjaya disempurnakan walaupun mengambil sedikit masa berikutan perlu mendapat kelulusan dana tambahan kerajaan.

“Sebelum ini, kita sudah memohon kepada Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) bagi memastikan baik pulih dapat diteruskan serta dibuka kepada orang ramai.

“Ini kerana, Istana Bandar memiliki keunikan tersendiri dan sekiranya tidak dipelihara dengan baik maka nilai seni bersejarah di Kuala Langat akan pupus,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top