BM | EN | 中文

Selangor bina Muzium Setem, dijangka siap Januari 2023 – Exco

Muzium-Setem-pertama-Selangor-siap-Januari-2023.jpg

Gambar Ehsan FB PKM DUN Tanjong Sepat

Advertisement

SHAH ALAM, 23 APR: Muzium Setem pertama Selangor yang dibina di Seksyen 14 di sini dijangka siap sepenuhnya Januari 2023, kata /Exco Pembangunan Luar Bandar, Kebudayaan dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah

Beliau berkata pembinaan muzium berkenaan kini berada pada tahap 15 peratus.

“Jadual asal ia siap pada 2022, namun ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan saya dimaklumkan berlaku kelewatan kerana kekurangan pekerja.

Advertisement

“Saya sendiri akan turun ke tapak pembinaan itu setiap dua minggu bagi memastikan projek itu berjalan lancar nanti,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status pembinaan muzium berkenaan.

Sementara itu, Borhan berkata landskap muzium itu nanti akan dihiasi pokok-pokok yang pernah diabadikan pada setiap setem.

Advertisement

“Apa sahaja berkaitan pos akan turut dipamerkan seperti basikal menghantar surat, peti surat, mesin cetakan lama dan sebagainya,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat untuk hadiahkan, meminjamkan atau menjual koleksi setem mereka kepada muzium boleh melayari www.padat.gov.my untuk maklumat lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top