BM | EN | 中文

Selangor bina kolam takungan lembapkan tanah, elak hutan simpan dari terbakar

hee-loy-sian.png
Advertisement

SHAH ALAM, 9 NOV: Telaga tiub dan kolam takungan air dibina di kawasan hutan simpan negeri si Selangor boleh melembapkan tanah supaya tidak mudah terbakar.

Exco Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata pembinaan infrastruktur itu melibatkan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Utara, Hutan Simpan Raja Musa Hulu Selangor serta Hutan Simpan Sungai Karang Kuala Selangor.

“Usaha mencegah kebakaran hutan hasil sumbangan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Mineral dan Geosains.

Advertisement

“Agensi berkaitan juga membantu mencuci dan menaik taraf kolam takungan dari semasa ke semasa selain membina menara tinjau, rumah pam, saliran paip, parit serta terusan penghadang,” kata Hee Loy Sian, lapor SelangorKini.

Beliau menjawab soalan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung kebakaran hutan simpan pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Loy Sian berkata seluas 269 hektar hutan simpan terbakar sejak 2018 berikutan pelbagai faktor antaranya cuaca panas, pengurusan hidrologi tidak cekap dan aktiviti pembersihan tanah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top