BM | EN | 中文

Selangor anjur pertandingan sukan maya Xtiv Virtual 2021, sasar 300,000 peserta

Mohd-Khairuddin-Othman-Selangor-Xtiv-Virtual-2021.png
Advertisement

SHAH ALAM, 15 JAN: Pertandingan Selangor Xtiv Virtual 2021 dijadualkan bermula pada Mac dengan menyasarkan 300,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata penganjuran sukan secara maya seiring dengan kehendak golongan muda masa kini selain menjadi platform menonjolkan bakat e-sukan.

“Pertandingan yang julung-julung kali diadakan bermula Mei tahun lepas merekodkan lebih 180,000 penyertaan dan bilangan peserta ini di luar jangkaan kita.

Advertisement

“Selepas menerima sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan pertandingan pada tahun ini ,” katanya, lapor SelangorKini.

Difahamkan, pertandingan itu merangkumi Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run, Selangor Martial Art Xtiv, Selangor Xtiv Fifa Pro Club dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

Dijangkakan ia bakal menarik penyertaan dari negara luar antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

Advertisement

Selangor satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan program sukan secara maya berskala besar berserta hadiah.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top