BM | EN | 中文

Selangor anjur pertandingan esei kesedaran pengguna, golongan remaja dipelawa sertai

esei.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 5 JULAI: Golongan remaja dipelawa menyertai pertandingan menulis esei kesedaran pengguna bertema Remaja Selangor, Pengguna Arif anjuran Jawatankuasa Tetap Pengguna Negeri Selangor.

Pertandingan dibuka pada 16 Jun hingga 6 Julai berkenaan menawarkan hadiah berupa gajet yang boleh digunakan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Exco Pengguna Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori A untuk peserta berusia 13 hingga 15 tahun dan B pula 16 hingga 17 tahun.

Advertisement

“Selain dapat mengasah bakat, pertandingan ini juga dapat mengisi masa lapang mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

“Juara akan bawa pulang komputer riba, tempat kedua Samsung Galaxy Tab A7, tempat ketiga telefon pintar OPPO A31. Wang tunai RM50 untuk lima pemenang saguhati,” katanya, lapor SelangorKini.

Penyertaan boleh dihantar melalui emel relawanselangor@gmail.com atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 013-7701694.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top