BM | EN | 中文

Selangor akan wujud j’kuasa khas bantu individu berdepan masalah pekerjaan

Bangunan-SUK-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 4 FEB: Jawatankuasa khas bagi membantu individu berdepan masalah pekerjaan bakal diwujudkan dalam usaha menjaga kebajikan golongan pekerja.

Exco Pembangunan Sosio-Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja, V Ganabatirau berkata organisasi itu bertindak sebagai platform atau medium untuk semua golongan pekerja negeri ini mendapatkan maklumat tepat serta nasihat.

“Kita rancang untuk libatkan beberapa agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja supaya dapat sama-sama membantu pekerja termasuk masalah tempat kerja, diberhentikan atau berkaitan Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Advertisement

“Masalah yang diadukan akan diteliti. Kita beri pandangan malah turut sediakan bantuan guaman sekiranya masalah pekerja melibatkan aspek perundangan,” kata V Ganabatirau, lapor SelangorKini.

Bagaimanapun, menurutnya perkara itu bakal dibincangkan terlebih dahulu bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri sebelum diputuskan.

“Kita merasakan memang perlu ada satu tempat khas untuk pekerja mengadu masalah mereka serta mendapatkan nasihat. Usaha ini dilihat boleh mengelakkan golongan pekerja ditindas,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top