BM | EN | 中文

Selangor agih kit ujian percuma kepada keluarga positif Covid-19

kit-ujian-kendiri-‘Gmate-Covid-19-Rapid-Antigen-Test.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 3 SEPT: Kerajaan Selangor akan membekalkan 60,000 kit ujian kendiri menggunakan sampel air liur secara percuma kepada keluarga di negeri ini yang didapati positif Covid-19.

Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud berkata kit ujian itu akan diserahkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pemberian kit ujian menggunakan sampel air liur itu berperanan untuk menyokong pemantauan kendiri bagi keluarga yang disahkan positif serta menjalani kuarantin di rumah.

Advertisement

“Selain dapat melakukan ujian dengan cepat dan mudah, kit tersebut diharap membantu mereka melindungi orang sekeliling daripada dijangkiti,” kata Dr Siti Mariah, lapor SelangorKini.

Menurut beliau, pemberian kit ujian kendiri itu diharap memberi nilai tambah dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang sedang dipergiatkan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

“Inisiatif ini selaras dengan cadangan menteri kesihatan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) pada 2 September yang ingin mempertimbangkan pemberian bahan tersebut secara percuma terutama kepada keluarga B40,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah mengingatkan individu yang menerima kit ujian itu mematuhi semua prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk melaporkan sendiri keputusan saringan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top