BM | EN | 中文

Selangor agih 7,000 kit kesihatan ke semua pusat penilaian Covid-19 seluruh negeri

7000-kit-kesihatan-diagih-ke-semua-CAC-di-Selangor.jpg

Kit penilaian di rumah bernilai RM200 disediakan Kerajaan Negeri untuk kegunaan pesakit yang kuarantin di rumah. Selain panduan, ia mengandungi alat pengukur kandungan oksigen, ubat dan jangka suhu.

Advertisement

SHAH ALAM, 9 JUL: Sebanyak 7,000 kit penilaian di rumah yang membantu pesakit Covid-19 memantau tahap kesihatan ketika kuarantin akan diagih ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di negeri ini.

Exco Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak 1,000 kit termasuk oximeter atau penukur kandungan oksigen dalam tubuh diberi kepada pesakit kategori satu dan dua di CAC Stadium Malawati semalam.

“Pesakit perlu mengemas kini tahap kesihatan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) setiap dua kali sehari bagi membolehkan doktor melakukan pemantauan.

Advertisement

“Menerusi aplikasi ini, doktor memantau keadaan terkini pesakit berdasarkan kadar oksigen dalam darah selain menentukan sama ada mereka perlu dimasukkan ke hospital atau sebaliknya,” katanya, lapor SelanogrKini.

Beliau berkata demikian selepas sesi serahan kit pada program berkenaan di sini.

Pada 9 Jun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, peruntukan RM1.25 juta bagi membekal kit berkenaan kepada individu yang dikesan positif.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top