SHAH ALAM, 6 MEI: Penduduk sekitar Semenyih dan Kajang digalak menjalani saringan Covid-19 secara percuma Sabtu ini bagi mengekang penularan wabak.
Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan program saringan komuniti diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar Rinching dan Dewan Cempaka Saujana Impian bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
“Bagi tujuan pendaftaran, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan menggunakan fungsi saringan atau daftar di screening.selangkah.my,” menurut STF, lapor SelangorKini.
Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan tersebut secara aktif di seluruh negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu memanfaatkan rakyat Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.
Amirudin berharap penduduk mengambil langkah proaktif dengan menjalani saringan mengikut tarikh dan memainkan peranan mengurangkan wabak di Selangor.
Johorkini