BM | EN | 中文

SELangkah perkenal slot janji temu untuk saringan komuniti

SELANGKAH-langkah-masuk-dengan-selamat.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 23 MEI: Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) mengemas kini sistem pendaftaran program Saringan Komuniti dengan setiap peserta diberikan slot janji temu.

SelangorKini melaporkan, SELangkah memaklumkan langkah itu bagi memastikan kehadiran peserta diurus dengan lebih baik selain mengurangkan kesesakan di lokasi saringan.

“Daftar di aplikasi SELangkah dan semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.

Advertisement

“Jika anda tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu, sila sertai program saringan yang lain. Secara alternatif, hubungi kami di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu,” katanya.

SELangkah diperkenalkan pada 4 Mei tahun lalu bagi menjejak jangkitan virus di premis perniagaan atau pejabat selain memudahkan pengesanan kontak.

Ia terus diperkemas dengan orang ramai yang mahu menjalani saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Selangor perlu mendaftar melalui aplikasi berkenaan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top