BM | EN | 中文

Selamat ulang tahun, Pram

Pramoedya-Ananta-Toer.jpg

Pramoedya Ananta Toer

JOHOR BAHRU, 7 FEB: 95 tahun lepas, 6 Februari 1925 merupakan hari ulang tahun kelahiran Pramoedya Ananta Toer (Pram), sasterawan dan juga pejuang yang menentang penjajah Belanda melalui bahasa dan sastera.

Sasterawan yang dilahirkan di Blora, Jawa Tengah ini telah menghasilkan lebih dari 50 karya fiksyen dan non-fiksyen.

Telah beberapa kali dicalonkan memperoleh anugerah Nobel dalam bidang kesusasteraan, Pram pernah menerima penghargaan Magsaysay dari Filipina pada 1995.

Tetrologi Pulau Buru, antara karyanya menjadi fenomena ditulis ketika beliau dalam tahanan penjara sekitar 14 tahun. Dalam tetrologi ini, Pram memerihalkan sejarah Indonesia sebelum merdeka.

Salah satu darinya ialah Bumi Manusia yang kini diadaptasi ke filem oleh Hanung Bramantyo.

Bertemakan penindasan, penjajahan dan perhambaan pribumi yang terdapat dalam karya Gadis Pantai, Rumah Kaca, Arok Dedes dan Bumi Manusia membuatkan beberapa novelnya menjadi bahan bacaan wajib di beberapa buah sekolah dan universiti termasuk di Malaysia.

Lebih dari 200 buah bukunya diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Karyanya Sekali Peristiwa di Banten Selatan telah diterjemah ke dalam bahasa Rusia dan karyanya Cerita dari Blora diterjemah ke dalam bahasa Turki.

Setakat ini, karyanya diterjemah lebih dari 40 bahasa seluruh dunia termasuklah bahasa Malayalam.

Pram mendapat gelaran kehormat ‘Doctor of Humane Letters’ dari Universiti Michigan pada 1999, Fukuoka Cultural Grand Prize (Hadiah Budaya Asia Fukuoka), Jepun pada 2000 dan menerima Norweigian Author’s Union Award atas sumbangannya pada sastera dunia.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top