BM | EN | 中文

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Johorkini kepada anda semua

selamat-hari-raya-aidilfitri-johorkini-1441H-2020.png

Kami dari Johorkini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca portal kami sama ada di Johor, di negeri-negeri lain di Malaysia mahupun dari luar negara.

Para petugas Johorkini akan meneruskan tugas kami pada hari raya Aidilfitri dengan operasi yang terhad.

Kami akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari -hari berikutnya dengan lebih banyak berita menarik.

Di samping itu, para pembaca diingatkan untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Para pembaca disarankan untuk memakai topeng muka (face mask) selain amalan mencuci tangan dan menggunakan cecair sanitasi tangan.

Selain itu juga, teruskan penjarakan sosial dan elakkan dari bersalaman atau bersentuhan.

Mungkin Aidilfitri kali ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Namun demi memutuskan rantaian wabak Covid-19, kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga memastikan norma baharu ini dilaksanakan.

Semoga dengan itu, jangkitan dapat dielakkan manakala pemulihan sepenuhnya dapat dilakukan dengan jaya.

Terima kasih atas sokongan anda kepada Johorkini.

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Like dan follow. Laman Media & Berita Johor

Tepat. Informatif. Kreatif

Website johorkini.my

Twitter twitter.com/myjohorkini

Instagram instagram.com/johorkini.my

Facebook facebook.com/jkini.my

Youtube youtube.com/c/JohorkiniTV

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top