Kami dari Johorkini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilladha kepada semua pembaca portal kami sama ada di Johor, di negeri-negeri lain di Malaysia mahupun dari luar negara.
Bagi umat Islam yang patuh kepada Allah s.w.t. dan segala perintahnya ada yang akan menyempurnakan ibadah korban dengan melakukan penyembelihan seperti yang disunatkan oleh agama Islam.
Korban disunatkan keatas mereka yang mampu untuk membuat penyembelihan ke atas binatang seperti lembu, kambing dan sebagainya agar dagingnya dapat diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan.
Ada banyak lagi pengajaran korban di dalam Islam termasuk mengeluarkan zakat ke atas harta dan pendapatan bagi yang mampu mengikut kiraan tertentu agar kekayaan itu turut dapat dimanfaatkan oleh yang miskin.
Namun, para pembaca diingatkan untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada sambutan Aidiladha kali ini.
Di samping itu, para pembaca juga disarankan untuk memakai pelitup muka selain amalan mencuci tangan dengan sabun atau cecair sanitasi.
Selain itu juga, teruskan penjarakan sosial dan elakkan dari bersalaman atau bersentuhan dan mematuhi saranan ketika menjalankan ibadah korban.
Mungkin Aidiladha kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Demi memutuskan rantaian wabak Covid-19, kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga memastikan norma baharu ini dilaksanakan.
Semoga dengan itu, jangkitan dapat dielakkan manakala pemulihan sepenuhnya dapat dilakukan dengan jaya.
Dalam pada itu, para petugas Johorkini akan meneruskan tugas kami pada hari raya ini dengan operasi yang terhad.
Kami akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari -hari berikutnya dengan lebih banyak berita menarik.
Terima kasih atas sokongan anda kepada Johorkini.
Like dan follow. Laman Media & Berita Johor
Tepat. Informatif. Kreatif
Twitter twitter.com/myjohorkini
Instagram instagram.com/johorkini.my
Facebook facebook.com/jkini.my
Youtube youtube.com/c/JohorkiniTV