BM | EN | 中文

“Selama ini isu Adib hanya sandiwara PAS”

Muhammad-Adib-Mohd-Kassim.png
Advertisement

LEDANG, 30 SEPT: ‘Segalanya terjawab dan ia hanya sandiwara dari Pas,’ begitulah kenyataan yang disuarakan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Ledang, Azhar Ismail dalam isu kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurutnya PAS yang sebelum ini lantang memainkan isu kematian Adib hanya sandiwara untuk meraih sokongan orang ramai kepada parti itu.

Ujarnya, isu yang dimainkan PAS itu terbukti sandiwara apabila parti itu berkuasa hari ini, namun kes kematian Adib ‘ditutup; seperti dinyatakan kerajaan semalam.

Advertisement

“Sejak dari awal lagi kita sudah tahu PAS hanya mempermainkan isu ini bagi manfaat kepada parti mereka. Nak kata mereka jujur, memang tidak.

“Sandiwara PAS ini hanya menanam kebencian kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Sandiwara itu dibuat hanya untuk membenarkan tindakan mereka merampas kerajaan.

Advertisement

“Ini adalah agenda dan perancangan agar rakyat termakan dan memperbodohkan rakyat dalam beberapa isu sensitif.

“PAS antara parti yang paling tidak boleh dipercayai lagi…apa sahaja yang disebutkan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Advertisement

Zuraida sebelum ini adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika kes berkenaan berlaku.

Menurut beliau, kes akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti yang boleh digunakan.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya pada 27 November 2018.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top