BM | EN | 中文

Selain vaksinasi COVID-19, orang awam diseru terus patuhi SOP

Selain-vaksinasi-COVID-19-orang-awam-diseru-terus-patuhi-SOP.png
Advertisement

SEGAMAT, 27 FEB: Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, meskipun pelan vaksinasi Covid-19 kebangsaan telah dimulakan, orang ramai dinasihat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak itu.

Katanya, suntikan vaksin ini dapat melindungi masyarakat awam daripada dijangkiti wabak COVID-19, tetapi ia tidak dapat memutuskan rantaian wabak sekaligus kerana keberkesanan vaksin yang berbeza dan kemungkinan mutasi virus.

“Justeru itu saya menyeru, menasihati dan mengingati masyarakat awam wajib mematuhi SOP pencegahan Covid-19 supaya dapat memutuskan rantaian wabak ini dalam kominiti masing-masing, agar mempercepat pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan cara kehidupan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Katanya, bagi sepanjang dua minggu lalu, kes baharu positif COVID-19 Malaysia menunjukkan trend penurunan ketara, dengan daerah Segamat tidak ada kes baru positif 19 dilaporkan dalam tempoh seminggu.

“Malaysia dijangka memerlukan tempoh setahun untuk mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi penyakit bawaan virus Covid-19 melalui pelan tersebut.

“Bagi mencapai hasrat imuniti kelompok tersebut, sasaran 75 hingga 80 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu, Tan mengagihkan pelitup muka di pasar pagi Kampung Abdullah dan pasar malam Gemas Bahru, Segamat.

Turut bersama dalam lawatan ialah Yau Wei Lock, mantan ketua kampung masyarakat Cina Kampung Abdullah dan Wong Bih Er, mantan ketua masyarakat Cina Kampung Gemas Bahru.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top