LEDANG, 26 OGOS: Parti Amanah Negara (AMANAH) Ledang hari ini menyatakan agar bukan sahaja akta anti lompat parti perlu digubal malah lebih dari itu.
Ketua AMANAH Ledang, Azhar Ismail ketika berkata, terdapat akta lain yang perlu turut diperhalusi seperti persempadanan semula perlu juga dibuat.
“Bukan akta lompat parti sahaja perlu digubal, malah seluruh sistem pilihanraya itu juga perlu digubal semula, terutamanya ‘gerrymandering’.
“Sebab sebelum ini, selama berpuluh tahun negara diperintah oleh penyamun yang bernama Umno BN, di mana penggubalan akta-akta pilihanraya hanya dibuat untuk memperkukuhkan kedudukkan Umno BN di dalam negara.
“Sebagai satu contoh, kerusi Kapar yang dimenangi oleh PH yang mempunyai pengundi seramai 144,000 pengundi adalah sama dengan kerusi Lawas yang hanya mmpunyai pengundi seramai 18,000 sahaja.
“Ini tidak adil. Mana mungkin kekuatan pengundi 144,000 itu boleh disamakan dengan 18,000.
“Alang-alang PH (Pakatan Harapan) nak berkerjasama dengan Umno BN dalam kerajaan lepas ni pastikan, reformasi yang sebenar-benarnya mesti dilaksanakan. Banyak lagi akta, undang-undang drakonian yang dicipta oleh Umno BN sebelum ini mesti dipinda dan digubal.
“Jangan setakat jadi budak suruhan Umno seperti Pas sebelum ini. Konon nak laksana hudud, nak RUU355, penyudahnya sekadar gonggong tulang,” tegasnya.
Beliau turut mengingatkan pimpinan PH agar pimpinan gabungan itu tidak hanya mengisi penjawatanan demi menyelamatkan Umno sahaja.
Johorkini