BM | EN | 中文

Selain Covid-19, warga Johor perlu waspada kes denggi

denggi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 MEI: Selain mempertingkatkan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan persekitaran sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), warga Johor diingatkan untuk berwaspada dengan penularan kes denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata peningkatan kes denggi berpunca dari pergerakan dan aktiviti orang ramai pada waktu puncak.

“Ini ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas yang memberikan persekitaran yang kondusif untuk nyamuk Aedes membiak dengan lebih cepat dan meningkatkan populasinya di persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya waktu nyamuk Aedes aktif menggigit mangsa adalah di antara jam 5 pagi – 9 pagi dan jam 6 petang – 8 malam.

Tambahnya, jumlah bekas-bekas terpakai dan sampah sarap juga meningkat pada bulan Ramadhan meskipun penjualan makanan Bazaar Ramadhan tidak beroperasi sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

“Apa yang dikhuatiri adalah rumah atau premis yang ditinggalkan oleh penghuni yang tersekat semasa bercuti dan tidak dapat pulang ke rumah dan premis tempat kerja yang ditingglkan dan tidak diselenggara akan meningkatkan risiko pembiakan,” tambah Vidyananthan.

Advertisement

Selain itu pasaraya, rumah-rumah kedai, pejabat tapak pembinaan, sekolah dan kolej serta universiti yang ditinggalkan tanpa penghuni merupakan tempat berpotensi pembiakan dan perlu kepada tindakan pemusnahan dan berkala sehingga PKP tamat.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengedarkan surat peringatan kepada semua agensi untuk menjalankan tindakan pemusnahan dan menasihatkan supaya bekalan racun larvasiding diambil dari pejabat kesihatan yang berhampiran,” katanya lagi.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengikuti berita dan isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top