BM | EN | 中文

SEKTOR PERTANIAN KEKAL JADI KEUTAMAAN JOHOR- MB

acbc319a55f97b4dab864d3a86db8ea15d651960c7752.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Kerajaan negeri akan terus memperkasa sektor pertanian agar kekal sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negeri khususnya dan negara secara amnya, menurut Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddi Jamal.

Dr Sahruddin berkata antara kaedah bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan memberi galakan termasuk menghargai golongan usahawan sektor pertanian dalam negeri, termasuk menerusi Program Perintis Keusahawanan Johor (PKJ) bagi membantu mereka meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan produk asas tani.

“Program ini dahulunya dikenali sebagai Program Galakan Usahawan (PGU) sudahpun 25 tahun wujud di negeri Johor dan masih kekal relevan untuk diteruskan bagi membangunkan bidang keusahawanan ini.

Advertisement

“Antara skop bantuan program ini juga meliputi semua pemprosesan makanan dengan pemberian mesin dan kelengkapan bengkel selain turut membangunkan projek di tanah terbiar,” katanya dalam majlis penyampaian sijil dan bantuan PKJ 2019, di Pagoh, malam semalam.

Ini, menurutnya, selaras hasrat kerajaan negeri untuk melihat pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terus bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah turut menembusi pasaran antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin turut mengingatkan usahawan tani yang menerima bantuan dari kerajaan negeri agar bijak memanfaatkan insentif tersebut bagi mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Advertisement

“Kerajaan Johor sejak dahulu lagi komited membantu para usahawan dalam meningkatkan kemahiran dan pendapatan mereka melalui khidmat bantuan yang ditawarkan,,” katanya.

Dalam majlis semalam, seramai 236 usahawan menerima sijil dan bantuan mesin serta kelengkapan bengkel dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top