BM | EN | 中文

Sektor perikanan, penternakan antara terendah daftar Perkeso di negeri ini

IMG-20200215-WA0024.jpg
Advertisement

MUAR, 16 FEB: Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam sektor penternakan dan perikanan di Johor merupakan antara yang paling rendah mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perkeso melalui satu statistik yang dikeluarkan bertarikh sehingga 13 Februari 2020 melaporkan, hanya empat sektor perikanan dan lapan sektor penternakan yang mendaftarkan diri dalam skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.

Laporan itu turut menyatakan, sektor pengangkutan penumpang di negeri ini mencatat jumlah tertinggi di bawah skim SKSPS iaitu sebanyak 7,045 pendaftaran.

Advertisement

Jumlah keseluruhan bagi OBS di negeri Johor yang berdaftar dengan Perkeso bagi skim SKSPS sehingga 13 Februari 2020 adalah berjumlah 7,613 orang.

Justeru, Perkeso telah merangka kempen kesedaran melalui Ops Sedar yang dilancarkan di daerah Muar bermula 1 Januari tahun ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat yang bekerja sendiri bahawa mereka boleh dilindungi di bawah Perkeso.

Menurut kenyataan itu, dengan caruman serendah RM13.10 sebulan atau 43 sen sehari, mereka akan mendapat perlindungan di bawah SKSPS yang memperuntukkan lapan jenis faedah.

Advertisement

“Faedah yang disediakan adalah Faedah Perubatan, Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal, Faedah Elaun Layanan Sementara, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional dan Faedah Pinjaman Pendidikan.

“Masih ramai lagi yang tidak mendaftar dengan Perkeso disebabkan kesedaran tentang kepentingan mencarum adalah rendah. Mereka tidak memikirkan risiko kepada mereka dan tanggungan mereka jika berlaku kemalangan atau kematian berkaitan dengan pekerjaan.

“Siapa yang akan menanggung perbelanjaan sekeluarga sekiranya pencari nafkah utama mengalami kemalangan,” laporan tersebut dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top