BM | EN | 中文

Sektor makanan dan hiliran berpotensi dibangunkan, atasi pengangguran – Pemuda Amanah Johor

konvensyen-pemuda-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 19 OKT: Dalam usaha mendepani era pasca Covid-19, kerajaan sewajarnya memberi penumpuan kepada sektor makanan dan hilirannya, menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang berkata, perkara tersebut merupakan antara tumpuan yang boleh dilakukan kerajaan dalam menangani permasalahan pengangguran yang berlaku.

“Teroka ruang perniagaan terutama dalam sektor makanan dan perniagaan.

Advertisement

“Sektor ini dilihat kekal dan tidak terancam walau krisis berlaku kerana secara lumrah, makanan, merupakan keperluan harian manusia,” katanya pada Konvensyen Pemuda Parti Amanah Negeri Johor di Segamat, Sabtu lalu.

Selain itu katanya, sebagai galakan untuk lebih ramai anak muda dan belia menyertai sektor ini, kerajaan perlu wujudkan bengkel dan kursus secara percuma.

“Bantu anak muda dengan kemahiran perniagaan seperti cara membuat syarikat, tips menguruskan akaun, bagaimana kaedah menguruskan cukai perniagaan, teknik pemasaran, teknik ‘closing sales’ dan bermacam lagi.

Advertisement

“Sebagai insentif tambahan, kerajaan juga boleh bantu dengan memberikan suntikan modal sebanyak RM2,000 kepada usahawan belia yang mahu memulakan sektor perniagaan ini,” kata Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang.

Malaysia, sebuah negara yang pada asalnya memberi tumpuan kepada sektor pertanian melakukan peralihan ekonomi kepada sektor pembuatan.

Perkara ini menyebabkan hampir dua pertiga penduduk Malaysia menetap di kawasan bandar dan majoriti daripada mereka bergantung kepada makanan import.

Advertisement

Menurut laporan Bank Negara Malaysia, hampir RM60 bilion dibelanjakan untuk mengimport bahan makanan pada 2019, berbanding RM10.5 bilion pada 1998.

Justeru itu kata Taqiuddin, pperuntukan khas untuk menyokong dan membantu golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian perlu dibuat agar bekalan dapat diperoleh secara berterusan dan mencukupi untuk keperluan rakyat.

“Sekiranya peruntukkan sejumlah RM 5 juta boleh disediakan dan diberikan secara mikrokredit, pasti boleh membantu 2,500 orang usahawan muda untuk mulakan langkah menjadi usahawan.

Advertisement

“Ini sekaligus menawarkan penyelesaian awal untuk kes pengangguran yang bertambah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top