BM | EN | 中文

Sektor ekonomi tak terjejas walaupun Johor Bahru zon merah – Menteri Besar

hasni-mohammad-mb-johor.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Pengisytiharan daerah Johor Bahru sebagai zon merah akibat pandemik COVID-19 ketika ini tidak akan menjejaskan sektor ekonomi melibatkan perniagaan, perkilangan dan pekerjaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ketika ini tiada arahan penutupan sektor berkenaan selain sekolah dan institusi pendidikan lain.

“Susulan pengumuman daerah Johor Bahru sebagai zon merah, sekolah dan institusi pendidikan di tiga kawasan melibatkan bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai ditutup sementara bermula 1 hingga 14 November ini.

Advertisement

“Itu adalah satu langkah keperluan kita supaya dapat mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

“Namun, tiada arahan penutupan melibatkan sektor ekonomi seperti pusat perniagaan, kilang dan tempat kerja dikeluarkan.

“Tidak ada arahan untuk pusat-pusat berniaga ditutup. Sektor perkilangan, perniagaan masih terus seperti biasa,” katanya, lapor Makmur Johor.

Advertisement

Hasni berkata, apa yang penting adalah memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Usaha untuk memastikan pematuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan ini akan terus kita pergiatkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban golongan yang memerlukan masih lagi dilaksanakan, khususnya yang diberi menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Advertisement

“Ya, masih diteruskan, khususnya yang dibawah MAINJ, bantuan COVID dan yang terjejas ini khususnya kepada frontliners diteruskan, ” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada individu yang disahkan dijangkiti COVID-19 serta RM2,000 kepada waris pesakit dijangkiti yang meninggal dunia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top