BM | EN | 中文

Sektor ekonomi mulai dibuka, maka legislatif boleh berperanan semula

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Kepentingan badan penggubal undang-undang iaitu cabang legislatif perlu diupayakan semula bagi mengimbangi keadaan yang berlaku di negara ini.

Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain yang berkata kepentingan ini merangkumi pelbagai sudut bagi menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan kesihatan dan perlu dibincangkan dalam Dewan Rakyat.

“Apa yang perlu ditakutkan? Ia membabitkan soal rakyat dan masa depan negara. Lihat bila Dewan Rakyat tidak bersidang, segalanya dilakukan tanpa ada sebarang perbincangan.

Advertisement

“Rakyat akan menjadi mangsa di mana keputusan dibuat kerajaan bukanlah suara dari kedua belah pihak.

“Konsep semak dan imbang tidak berlaku dalam setiap keputusan kerajaan. Akhirnya negara kita akan dipandu tanpa suara pembangkang yang berkualiti,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kerajaan perlu ditegur dan perkara ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat.

Advertisement

Anehnya kata Zuhan, pelbagai sektor dibuka namun proklamasi darurat menyekat suara sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri.

“Sepatutnya kerajaan sudah boleh mula menarik semula darurat demi keberlangsungan ahli parlimen yang dilantik rakyat untuk membawa isu setempat mereka.

“Apa yang kita lihat kini apabila Dewan Rakyat tidak berfungsi segala kepincangan jelas berlaku. Pastinya rakyat yang menjadi mangsa,” katanya lagi.

Advertisement

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam satu kenyataan sebelum ini berkata cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif menggantung Parlimen.

Katanya, cabang eksekutif seolah mentadbir secara bebas dan tidak dipertanggungjawabkan kepada parlimen.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top