BM | EN | 中文

Sekolah tempat pupuk perpaduan, bukan pecahbelahkan rakyat – TMJ

tmj-sekolah-dato-bentara-luar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, baginda menjelaskan ada menerima makluman mengenai kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini berkaitan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

“Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di negeri Johor. Tindakan ini tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.

Advertisement

“Kejadian ini perlu dielakkan untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat,” menurut Tunku Ismail menerusi hantaran berkenaan.

Terdahulu, Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar Abdul Razak Hamid, Pegawai Daerah Batu Pahat Ismail Abu, Pemangku Pengarah JPN Johor Sahilon Abd Halim dan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat Dr Suhaimi Ismail.

Sabtu lepas, borang syarat kokurikulum sekolah berkenaan tular di laman sosial yang menetapkan syarat penyertaan murid pelajar tingkatan satu dalam sesetengah aktiviti kokurikulum serta sukan mengikut susunan kaum.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top