BM | EN | 中文

SEKOLAH SUKAN BENTUK PELAJAR BERDISIPLIN DAN TERAMPIL

Sheikh-Umar-Bagharib-Ali-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 OKT: Negara tidak boleh hanya melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perlu dilengkapkan sama ada dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah.

Melalui bimbingan seperti di Sekolah Sukan Negeri Johor di SMK Tun Hussein Onn, ia mampu melahirkan pelajar dengan disiplin dan berketrampilan yang boleh memainkan peranan dalam masyarakat.

“Penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai-nilai murni tidak dijadikan pedoman,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Advertisement

“Nilai agama dan moral serta semangat perpaduan akan memberi pedoman kerana ia mengandungi nilai yang baik untuk para pelajar bagi menempuh kehidupan yang penuh cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Malam Anugerah Champion Sekolah Sukan Negeri Johor di SMK Tun Hussein Onn 2019, disini, semalam.

Justeru itu katanya, gandingan semua pihak adalah perlu untuk menjadikan Sekolah Sukan Negeri Johor SMK Tun Hussein Onn lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian sukan pelajar agar terus cemerlang.

Advertisement

“Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi meraih sesuatu kejayaan,” kata Sheikh Umar yang juga Aduh Paloh.

Dalam pada itu beliau berkata, majlis anugerah tersebut wajar dijadikan acara tahunan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan juga kokurikulum.

“Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing- masing.

Advertisement

“Saya yakin Sekolah Sukan SMK Tun Hussein Onn akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kesukanan, mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan berketrampilan dalam pelbagai bidang,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top