BM | EN | 中文

SEKOLAH SOLAT SUNAT ISTISQA MOHON HUJAN

solat-sunat-istisqa.jpg
Advertisement

PONTIAN, 17 SEPT : Beberapa buah sekolah di daerah ini mengambil inisiatif menunaikan solat sunat Istisqa bagi memohon diturunkan hujan selepas kawasan tersebut terjejas akibat jerebu.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, SMK Telok Kerang, Sekolah Kebangsaan (SK) Rambah, SK Seri Sinaran Tampok, SK Pekan Nanas dan SK Rimba Terjun.

Menurut, Pegawai Pendidikan Daerah, Shaharudin Basri Ibrahim, tindakan tersebut amat digalakkan dan diharap dapat mengurangkan jerebu.

Advertisement

“Kita amat galakkan usaha ini. Sebelum ini, semua sekolah di Pontian terpaksa diarahkan tutup akibat bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 100 sekolah di daerah ini diarah tutup pada Ahad lepas berikutan jerebu, bagaimanapun telah kembali dibuka semula hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top