BM | EN | 中文

Sekolah sepatutnya jadi penghubung, jalin keharmonian

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Isu yang tular di media sosial berkenaan sebuah sekolah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum terhadap pendaftaran jenis sukan pelajar menjadi perhatian pelbagai pihak.

Terbaharu, mantan Exco Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihak Kementerian Pendidikan Johor perlu memberikan penjelasan yang relevan dengan situasi tersebut.

Tegasnya, alasan yang diberikan pihak sekolah dilihat tidak munasabah dalam dan mengehadkan minat pelajar dalam aktiviti sukan di sekolah mereka.

Advertisement

“Sekolah sepatutnya menjadi penghubung kepada jalinan harmoni bukan dengan tindakan seperti yang berlaku hari ini. Ianya tidak munasabah.

“Pihak Kementerian Pendidikan perlu sedar masalah ini. Jangan ada jurang kaum yang wujud di sekolah sehingga syarat-syarat tertentu diletakkan.

“Kerajaan perlu segera tangani masalah ini. Kami bertegas agar perkara ini diselesaikan segera oleh pihak kerajaan,” tegasnya ketika ditemui.

Advertisement

Sekolah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat sebelum ini meletakkan syarat kaum terhadap pilihan keatas senarai sukan yang akan mereka sertai.

Dalam senarai berkenaan, syarat kemasukan sukan tersebut diterhadkan kepada kaum tertentu untuk sukan-sukan seperti bola sepak, bola jaring, bola keranjang, ping pong dan sepak takraw.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, keputusan sekolah berkenaan menimbulkan pelbagai persepsi.

Advertisement

“Walaupun ia boleh dilakukan serta kuasa diberi kepada sekolah berkenaan, bukan bermakna boleh jadikan alasan.

“Ada juga pelajar Cina yang boleh cemerlang dalam sukan bola sepak tetapi mereka tidak boleh memilih sukan berkenaan kerana keputusan dari sekolah terbabit.

“Sekolah seharusnya menjadi penyatu semua bangsa bukan pemecah belah antara kaum.

Advertisement

“Ini salah di sisi teras negara yang mahu semua bangsa bersatu padu serta hidup dalam keadaan harmoni,” tegasnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top