BM | EN | 中文

Sekolah medium terbaik bangun potensi anak-anak – MB Johor

mb-johor-3.jpg

Dr Sahruddin menyantuni kanak-kanak yang memulakan sesi pertama persekolahan di SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Usaha untuk membangunkan generasi muda adalah dengan meningkatkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran masa kini dan akan datang agar seiring dengan kemajuan negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, antara institusi paling penting dalam membina sahsiah dan potensi awal bagi anak-anak adalah di sekolah melalui sistem pendidikan yang terbaik.

“Dalam kita gagah mendepani pelbagai cabaran demi mencapai status negeri maju dan berprestari tinggi, tentunya cabaran utama adalah menyediakan pendidikan bermutu dan setara dengan pendidikan terbaik global.

Advertisement

“Sekolah merupakan medium penting bagi menyemai kemahiran, pemikiran kreatif, keupayaan mengurus kepelbagaian serta membangunkan kelincahan intelektual dan seterusnya mengangkat Malaysia memimpin dan mendahului persaingan global.

“Kita sememangnya berkewajipan untuk menjadikan semua sekolah sebagai arena terbaik bagi membangunkan potensi sebenar anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan hari pertama persekolahan bagi sesi 2020 di Dewan Srikandi, Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, disini, hari ini.

Advertisement


Dalam pada itu, Dr Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong berkata, peranan para guru amat signifikan dalam merealisasikan harapan para ibu bapa dan penjaga.

“Ini kerana anak murid yang dididik mereka pada hari ini adalah tanda aras kejayaan atau kegagalan modal insan yang akan dibentuk pada masa akan datang.

“Keberadaan para pendidik di sekolah ini juga, amatlah dihargai bagi merealisasikan kecemerlangan murid-muridnya pada masa hadapan.

Advertisement

“Diharapkan tahun baru ini akan membawa azam dan naratif baharu kepada warga pendidikan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu pendidikan di negeri Johor. Insya-Allah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top