BM | EN | 中文

SEKOLAH LUAR BANDAR DI PONTIAN JUARAI PERTANDINGAN ‘CHORAL SPEAKING’

Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Sri-Kukup-Pontian.jpg
Advertisement

PONTIAN, 18 SEPT: Tak siapa menyangka, sebuah sekolah luar bandar di Johor mampu menjadi juara pertandingan ‘bicara berirama’ dalam bahasa Inggeris atau istilahnya, ‘choral speaking’.

Namun, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup (SMKSK) Pontian, sebuah sekolah di kawasan luar bandar membuktikannya dengan memenangi pertandingan tersebut di pelbagai peringkat.

Selain menjadi johan di peringkat negeri, SMKSK juga mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.

Advertisement

Antara pencapaian paling membanggakan SMKSK adalah dengan memenangi ‘Gold Star Award’ dalam acara terbuka di Singapura tahun ini.

Menurut jurulatih dan guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan, Mohamad Fuad Mokhtar, 34, (gambar) kejayaan memenangi ‘Gold Star Award’ adalah pencapaian yang membanggakan.

Advertisement

“Kita terpaksa bersaing dengan sekolah elit yang lain kerana ‘choral speaking’ ini memang menjadi budaya bagi sekolah elit, bukannya bagi sekolah pedalaman macam kami.

“Usaha yang dijalankan bagi menaikkan nama sekolah membuahkan hasil apabila kita berjaya mengalahkan pelbagai sekolah elit di Johor dan menjadi wakil di peringkat kebangsaan.

“Pertandingan di Singapura pula lebih mencabar. Kita terpaksa bersaing dengan sekolah-sekolah yang diantaranya bertaraf antarabangsa.

Advertisement

“Namun kita berjaya memenangi ‘Gold Star Award’ pingat tertinggi yang dianjurkan di Singapura,” ujarnya.

Dalam pada itu Fuad berkata, ‘choral speaking’ boleh dijadikan tarikan, misalnya sebagai acara gimik bagi menyambut tetamu pada Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 akan datang.

“Kerana selain bercakap dalam Bahasa Inggeris, ‘choral speaking’ juga mampu menghiburkan pengunjung yang datang ke negara ini.

Advertisement

“Di barat kita lihat budaya sebegini dipamerkan ke khalayak ramai. Kerajaan perlu kelainan dengan mengenengahkan bakat yang ada di kalangan pelajar,,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top