BM | EN | 中文

Sekolah, ibu bapa perlu ambil langkah pencegahan coronavirus

IMG-20200201-WA0010.jpg

KULAI, 1 FEB: Sekolah-sekolah di negeri ini disaran untuk melaksanakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan jangkitan coronavirus di institusi pendidikan itu.

Exco Kesihatan Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, antaranya pemberian topeng muka.

“Pada masa sama, saya juga menggalakkan syarikat swasta untuk membantu dengan menyumbang topeng muka kepada pihak sekolah.

“Tindakan ini selari dengan inisiatif diambil kerajaan pusat dalam memastikan langkah pencegahan yang sewajarnya diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan ADUN Parit Yaani turut berkata, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau kesihatan anak-anak di bawah jagaan mereka.

“Penjagaan kebersihan yang baik sama ada di sekolah dan rumah adalah amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga orang sekeliling.

“Ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya mereka berasa tidak sihat,” ujarnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top