BM | EN | 中文

Sekolah diminta permudah kehadiran murid, tak perlu wajibkan pakaian seragam – Menteri Pendidikan

radzi-jidin.jpg

Gambar Ehsan FB Radzi Jidin

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Pihak sekolah hanya perlu membenarkan pelajar mengenakan pakaian kemas dan tidak mewajibkan mereka untuk memakai pakaian seragam jika terdapat kekangan terutama bagi keluarga tidak berkemampuan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memahami situasi yang dihadapi ibu bapa kini khususnya mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga besar atau kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan sekolah masa kini.

Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah sewajarnya memudahkan pelajar dengan membenarkan mereka memakai pakaian kemas dan sopan.

Advertisement

“Ada ibu bapa datang mengadu, sekolah anak mereka minta murid mengenakan pakaian seragam lengkap. KPM membenarkan murid untuk memakai pakaian kemas dan sopan.

“Kita memahami ada anak-anak yang membesar cepat dan kelonggaran ini diberikan sehingga hujung tahun ini.

“Pihak sekolah tidak sewajarnya meletakkan syarat wajib kepada murid mengenakan pakaian lengkap sekolah ketika ini kerana kita faham bebanan yang dialami keluarga untuk menyediakan secara sekali gus,” katanya, lapor Berita Harian.

Advertisement

Terdahulu Radzi membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semaseh di Panchor, Pagoh, Johor dan sekolah sekitar Ledang sebelum beroperasi mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Semalam, lebih 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bagi tiga negeri yang sudah beralih ke Fasa 4 PPN memulakan sesi persekolahan, iaitu di Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Radzi berkata, setakat ini lebih 1.3 juta murid hadir ke sekolah seluruh negara dan keadaan dilihat berjalan dengan baik.

Advertisement

“Alhamdulillah dan insya-Allah bermula 8 November ini, murid kelas peperiksaan akan hadir tanpa penggiliran untuk sekolah yang capai vaksinasi melebihi 90 peratus seluruh negara. Jadi minggu hadapan, kita akan lihat lebih ramai murid hadir ke sekolah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top