BM | EN | 中文

Sekolah diminta anjur solat hajat khas mohon pelindungan dari virus Novel Koronavirus

solat-hajat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JAN : Berikutan wabak jangkitan Novel Koronavirus yang sedang melanda di banyak negara dan beberapa kes di Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor memohon keperihatinan dan kerjasama semua sekolah untuk melaksanakan solat hajat khas.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, solat berkenaan bertujuan untuk mendoakan perlindungan dan keselamatan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan seluruh penduduk negeri ini daripada dijangkiti virus itu.

“Sehubungan dengan itu, dipohon kepada semua sekolah berasrama untuk melaksanakan solat hajat ini setiap hari selepas solat Maghrib.

Advertisement

“Bagi sekolah harian biasa, solat hajat ini mengikut kesesuaian masa oleh pihak pengurusan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua sekolah juga diminta merujuk doa khusus yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebagai panduan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top