BM | EN | 中文

Sekolah dibuka 1 September, KPM diminta bentang persediaan PdP

Zainuzabha-Baharom.jpg
Advertisement

PONTIAN, 19 JUL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu membentangkan tahap persediaan bagi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, ramai ibu bapa dan pelajar yang bimbang dengan pengumuman itu selain KPM masih belum menyelesaikan masalah sebenar.

Beliau mencadangkan sekolah dibuka mengikut kawasan, dan tidak melibatkan negeri dengan kes Covid-19 tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

Advertisement

“Kita maklum lebih 61 peratus tenaga pengajar mendapat suntikan vaksin lengkap (2 dos) tetapi bagaimana dengan persediaan ibu bapa serta tahap kecerdasan mental pelajar?

“Ini akan membuatkan risiko pandemik ini berleluasa khususnya di sekolah sekiranya dibuka. KPM perlu melihat keadaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Kita tidak mahu perkara yang sama berulang akibat kelemahan sistem pendidikan membuatkan ramai pelajar serta ibu bapa menjadi bimbang,” katamya.

Advertisement

KPM sebelum ini memaklumkan, sesi persekolahan melalui kaedah PdP bersemuka ditetapkan mulai 1 September secara berperingkat dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sehingga 31 Ogos ini.

Keputusan itu dibuat mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top