BM | EN | 中文

SEKOLAH AGAMA KG MELAYU RAYA DAPAT BANGUNAN BAHARU

IMG-20191024-WA0007.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 OKT: Sekolah Agama Kg Melayu Raya bakal menerima bangunan tambahan sekolah melalui Projek Pembangunan Sekolah Agama Negeri Johor Fasa 5 daerah Pontian.

Projek ini merupakan hasil kerjasama kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Dalam Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Agama Melayu Raya di Pontian semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin bin Jamal berkata  kerajaan negeri sentiasa prihatin mengenai keperluan dan prasarana untuk sekolah agama.

Advertisement

“Kami akan pastikan sekolah agama seluruh Johor lengkap dari segi infrastruktur supaya proses pembelajaran selesa dan kondusif.

“Kita perlu bekerjasama menjaga kepentingan sekolah agama kerana pendidikan asas ini perkara terpenting terutamanya kepada generasi baharu,” kata Sahruddin.

Bagi Projek Pembangunan Sekolah – Sekolah Agama Negeri Johor Fasa 5 daerah Pontian, terdapat tiga buah sekolah agama Johor yang terlibat termasuk  Sekolah Agama Kg Melayu Raya.

Advertisement

Dua lagi sekolah agama terlibat ialah Sekolah Agama Sri Bugis dan Sekolah Agama Lebai Mohd Yakob.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top