BM | EN | 中文

SEKOLAH AGAMA JOHOR, MODEL SISTEM PENDIDIKAN TERBAIK

tosrin-6.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 OKT: Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) merupakan suatu sistem sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Melalui sistem pendidikan tersebut, ia mampu membentuk pelajar dengan keperibadian mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi berlata, sistem pendidikan SAKJ boleh dikatakan sebagai sistem pendidikan Islam terbaik.

Advertisement

“Sistem pendidikan agama Johor merupakan sistem pendidikan terbaik di Asia Tenggara,

“Sekolah agama di Johor merupakan pemangkin utama dalam memberi pendidikan akidah kepada warga Johor,” kata Tosrin ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sekolah Agama Kg Melayu Raya di Pontian semalam.

Beliau berkata, banyak usaha dan kerjasama yang dilaksanakan bagi mengekalkan prestasi sistem pendidikan agama di Johor.

Advertisement

“Menjelang tahun hadapan, akan diperkenalkan satu subjek baru dinamakan Kesultanan Islam Johor (KIJ)”

“Tujuan subjek ini bagi memastikan anak bangsa Johor kenal sejarah negeri dan kesultanannya agar jati diri dapat diperkuatkan”.

“Subjek ini diperkenal di sekolah agama seluruh Johor bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan ibrahim Sultan Iskandar”.

Advertisement

Menurut Tosrin lagi, susunan silibus bagi matapelajaran ini mendapat kerjasama Kolej Pengajian Islam Johor dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top