BM | EN | 中文

Sekolah Agama As-Syakirin, SK Masai ditutup 7 hari

SK-Masai.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 11 OKT: Sekolah Agama As-Syakirin, Masai dan Sekolah Kebangsaan Masai, Pasir Gudang di sini tutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Oktober.

Menurut surat dikeluarkan Sekolah Agama As-Syakirin, sekolah itu ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 berlaku di Sekolah Kebangsaan Masai

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Agama As-Syakirin mendapat maklum balas tentang penutupan sekolah kerana kes Covid-19 yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Masai melalui surat bertarikh 10 Oktober 2020,” menurut kenyataan dikeluarkan Sekolah Agama As-Syakirin.

Advertisement

Manakala SK Masai dalam kenyataanya turut merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penutupan sekolah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19 bertarikh 9 Oktober 2020.

“Pihak sekolah ingin memaklumkan SK Masai akan ditutup bermula 11 Oktober sehingga 17 Oktober ini,”kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, sekolah akan dibuka semula pada 18 Oktober ini.

Advertisement

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari turut mengesahkan penutupan sekolah berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top