BM | EN | 中文

Sekatan Pergerakan Penuh: 18 ditahan akibat terlibat kegiatan judi

PDRM-Polis.png
Advertisement

MELAKA, 7 JUN: Polis menahan 18 individu disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian menerusi Op Dadu dan Op Pemantauan sejak Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula 1 Jun dilaksanakan sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri ACP Mohd Sukri Kaman berkata tangkapan itu membabitkan suspek berusia antara 18 dan 58 tahun menerusi 13 serbuan berasingan di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata pihak JSJ Melaka juga telah mengambil tindakan ke atas tiga aktiviti judi loteri awam tanpa lesen, sembilan aktiviti judi dalam talian tambah nilai dan satu pusat panggilan judi diserbu serta wang tunai bernilai RM1,843 dan peralatan untuk menjalankan aktiviti perjudian dirampas.

Advertisement

“Terbaru, serbuan dilakukan di sebuah kondominium di Klebang Kechil kira-kira 5 petang semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pusat panggilan perjudian yang aktif sejak tiga minggu lepas dan mempromosi aktiviti perjudian melalui laman Facebook.

“Seramai lima lelaki dan seorang wanita kesemuanya berusia antara 18 dan 34 tahun ditahan dan siasatan lanjut mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Kastam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sukri berkata hasil soal siasat kesemua mereka adalah warga tempatan dari Kota Tinggi, Johor dan mendakwa hanya bekerja sebagai operator pusat panggilan perjudian terbabit.

Advertisement

Katanya polls juga merampas tiga set komputer riba, satu telefon bimbit, satu kad akses kondominium, sebuah meja dan empat kerusi.

“Serbuan kedua kira-kira 1.30 tengah hari semalam dijalankan di kedai runcit di Taman Umbai Impian dan menahan seorang lelaki berusia 58 tahun serta merampas barang kes kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) & 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan turut diambil tindakan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top