BM | EN | 中文

Sekatan Pergerakan: Majlis akad nikah, resepsi perkahwinan di Johor ditangguh

Masjid-Sultan-Ibrahim-Muar.jpg

Masjid Sultan Ibrahim, Muar (Gambar Hiasan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 MEI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan urusan majlis akad nikah dalam tempoh sekatan pergerakan penuh berkuatkuasa 1 Jun hingga 14 Jun ini

Pengarahnya, Datuk Md Rofiki Shamsuddin berkata, dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, turut ditangguhkan adalah kenduri kahwin serta kursus pra-perkahwinan Islam secara bersemuka.

Tambahnya, antara ditangguhkan termasuklah perkhidmatan kaunter bagi permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran cerai dan rujuk, permohonan pendaftaran pengesahan perkahwinan dan poligami, pengambilan dokumen serta kad perakuan nikah.

Advertisement

Katanya, umat Islam yang berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sepatutnya mengambil peranan yang sangat proaktif untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Ujarnya, dalam tempoh pandemik ini, usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 daripada tersebar hendaklah diutamakan berbanding perkara lain.

“Bagi yang telah dijadualkan melalui temu janji untuk melaksanakan urusan-urusan nikah, cerai dan rujuk di pejabat kadi daerah, penjadualan semula urusan tersebut akan dilaksanakan oleh pejabat kadi berkaitan,” kata Md Rofiki dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliai, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam tempoh ini dinasihatkan supaya bersabar dan memperbanyakkan ibadah puasa.

Katanya bagi perkhidmatan berkaitan nikah, cerai dan rujuk yang dilaksanakan secara atas talian menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) http://www.sppim.gov.my masih dilaksanakan.

Selain itu, antara yang dibenarkan ialah permohonan Kebenaran Nikah (Benar Nikah Online), kursus pra perkahwinan Islam secara maya, aduan dan proses tentang proses kebenaran berkahwin serta perkhidmatan khidmat nasihat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top