BM | EN | 中文

Sekatan keluar dan masuk ke Sabah mulai 7 Oktober – Ismail Sabri

ismail-sabri.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Sabah telah menutup sempadannya bermula esok sehingga 20 Oktober dengan bukan rakyat negeri itu kecuali mereka yang menyediakan perkhidmatan perlu, pelajar dan penjawat awam untuk menghentikan penularan wabak Covid-19.

Selain itu, sesiapa sahaja yang berada di Sabah tidak akan dibenarkan meninggalkan negeri itu melainkan untuk hal kecemasan atau tugas rasmi, dengan izin daripada Kementerian Kesihatan Kesihatan.

Sekatan perjalanan keluar dan masuk ke Sabah membabitkan pergerakan dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan dikuatkuasakan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

Ismail Sabri dalam kenyataannya hari ini di Putrajaya berkata, bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran hanya diberikan kepada rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H, selain pasangan mereka yang memiliki pas Imigresen sah tempoh.

“Selain itu, pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Sabah, pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad atau pas pelajar daripada Jabatan Imigresen di Sabah.

“Manakala anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk negeri berkenaan.

Advertisement

“Kebenaran untuk memasuki Sabah turut diberikan kepada pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam pasport,” katanya, lapor Malaysiakini.

Setakat tengah hari semalam, Sabah adalah negeri dengan jumlah kes Covid-19 paling aktif iaitu sebanyak 1,334 atau sedikit lebih separuh daripada 2,336 kes aktif di negara ini.

Empat daerah – Kota Kinabalu, Tawau, Semporna dan Lahad Datu – kini mempunyai kes tiga angka.

Advertisement

Keempat-empat daerah itu bersama dengan Putatan, Penampang dan Kunak akan dikenakan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12.01 tengah malam ini akan berkuat kuasa hingga 20 Oktober.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top