BM | EN | 中文

“SEKARANG WAKTU BEKERJA,  DEKATI PENGUNDI” – KARMAINE

karmaine-bersidang-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, gerak kerja kempen sudah bermula dan kini sudah sampai masa kepada dirinya dan jentera kempen untuk mendekati para pengundi.

“Sekarang ini tanggungjawab saya untuk mendekati rakyat, dan merayu undi bagi pihak PH.

“Saya juga mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan dan jentera untuk memastikan kita mendapat undi yang banyak,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim disini, hari ini.

Tambah Karmaine, beliau yakin dengan kemampuan gerak kerja jentera kempen dan mengharapkan kerjasama dari kesemua parti komponen PH.

“Saya meletakkan keyakinan kepada kepimpinan parti. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti yang memilih saya,” katanya.

Advertisement

Pada sidang media yang sama, Karmaine dalam kenyataan pertamanya berkata, beliau memanjatkan kesyukuran selepas borang permohonan pencalonannya diterima tanpa sebarang masalah, pagi ini.

Ditanya tentang kelebihan dirinya berbanding calon lain, Karmaine berkata, kedudukan beliau sebagai anak tempatan memberikan kepada dirinya.


“Setiap orang ada kelebihan masing-masing.Tapi saya calon tempatan. Itu kelebihan saya,” katanya lagi

Advertisement

PRK P165 Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkam calon PH, Barisan Nasional (BN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.

Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Hj Karmaine Sardini akan dicabar Dr Wee Jeck Seng yang mewakili BN.

Turut menyertai PRK kali ini adalah wakil Gerakan, Wendy Subramiam, 38, Presiden Berjasa Badhrulhisham Abdul Aziz selain dua calon bebas iaitu, Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 dan Ang Chuan Lock, 39.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top