BM | EN | 中文

“Sekarang Pas dan Umno sibuk agih kerusi pula..”

keputusan-pru-14-scaled.jpg
Advertisement

MUAR, 10 JUN: Tindakan Pas dan Umno melalui gabungan Muafakat Nasional (MN) yang membincangkan pengagihan kerusi menunjukkan bahawa gabungan itu lebih mengutamakan soal politik tanpa menghiraukan nasib rakyat.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata jelas selama ini Umno dan Pas hanya mementingkan politik serta mengelirukan rakyat berkenaan perkara tersebut.

Abdul Hamid Jamah

Katanya, kini jelas siapa dalang sebenar yang tidak pernah memikirkan soal kesinambungan hidup rakyat.

Advertisement

“Mengapa harus Umno dan Pas sibuk memikirkan soal pengagihan kerusi? Apa usaha gabungan tersebut yang kini sebagai sebuah kerajaan fikirkan untuk keberlangsungan kehidupan rakyat di negara ini

“Sudah terang lagi bersuluh, selama ini rakyat hanya dimomokkan dengan permainan politik Umno dan Pas. Nasib rakyat ‘dibakulsampahkan’.

“Pakatan Harapan (PH) sebelum ini memenangi pilihanraya umum (PRU) ke-14 melalui mandat rakyat telah dikhianat individu yang ternyata mendahulukan tembolok sendiri berbanding dengan permasalahan yang dialami rakyat,” ujarnya.

Advertisement

Hamid berkata tuduhan terhadap PH hanya bermain politik tanpa menghiraukan nasib rakyat adalah tidak benar kerana gabungan itu hanya mahu mendapatkan semula mandat rakyat yang dikhianati oleh gabungan baharu Perikatan Nasional (PN) Februari lalu.

“PH hanya mempertahankan hak mereka, berbeza dengan Umno Pas yang bersama-sama dalam kerajaan PN demi kelangsungan politik mereka sahaja.

“Apa yang dilakukan oleh mereka kini adalah menyelamatkan diri masing-masing dan dalam masa yang sama rakyat menjadi mangsa dari tindakan mereka.

Advertisement

“Jelas pemerintahan yang diisi Umno dan Pas hanya agenda peribadi masing-masing bagi meraih simpati untuk mereka mencatur politik, bukan membantu rakyat di negara ini,” ujarnya lagi.

Sebelum ini terdapat pertemuan antara Umno dan Pas bagi membincangkan ke arah pengagihan kerusi dengan membelakangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden Pas, Takiyuddin Hassan berkata jawatankuasa teknikal Pas sedang meneliti formula agihan kerusi dan akan diangkat kepada jawatankuasa induk.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top