BM | EN | 中文

Sekarang masanya kerajaan fikir tentang nasib anak muda – Pemuda Amanah Johor

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 OKT: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman hari ini menggesa kerajaan mula memikirkan tentang nasib anak muda di negara ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, anak muda hari ini sedang bertarung dalam keberlangsungan hidup demi memperkukuhkan ekonomi mereka dan tidak sepatutnya cadangan darurat tersebut diadakan.

“Kita kenal pasti bahawa sektor yang menjadi tumpuan hari ini adalah ekonomi bagi kesinambungan rakyat khususnya anak muda di negara ini.

Advertisement

“Sekiranya darurat dibuat ia akan merentap harapan anak muda untuk terus terjerumus dalam kancah kekusutan ekonomi yang sedang dipulihkan oleh mereka.

“Ini adalah mimpi ngeri yang terpaksa bakal dihadapi. Anak muda hari ini berhadapan dengan keadaan yang paling mencabar sekiranya darurat dibuat tanpa persediaan dari segi apa pun.

“Kerajaan diminta fokus tentang perkara ini. Jangan hanya memikirkan kelangsungan kuasa sahaja dengan mengorbankan rakyat khususnya anak muda,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang turut menyatakan kerajaan hari ini tidak mempunyai rasa prihatin terhadap nasib rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How dalam satu kenyataan berkata, kebimbangan dalam sektor sosial juga adalah perkara yang penting perlu dititik beratkan.

Katanya, keruntuhan sosial anak muda pasti akan berlaku sekiranya sektor ekonomi semakin parah akibat darurat yang diisytiharkan.

Advertisement

“Pemulihan ekonomi ini penting dan dalam masa yang sama ia perlu dipacu dengan baik agar mendatangkan kesan positif kepada rakyat khususnya anak muda.

“Kebimbangan kita adalah kerosakkan sosial yang pastinya akan berlaku sekiranya ekonomi negara terus parah tanpa ada sebarang pemulihan.

“Matlamat kita adalah pemulihan dan pilihan untuk mengadakan darurat bukanlah suatu pilihan yang terbaik untuk dibuat dalam masa ini. Darurat akan terus meruntuhkan lagi ekonomi, sosial dan keberlangsungan hidup rakyat khususnya anak muda,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top