BM | EN | 中文

Sejarah kompas Johor mendepani masa mendatang, kata MB

Screen-Shot-2019-08-06-at-6.55.08-PM.png
Advertisement

Sejarah kompas Johor mendepani masa mendatang, kata MB

TANGKAK, 6 OGOS: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, dalam kesibukan mengejar pembangunan, rakyat harus berpandu kepada sejarah untuk menjadi kompas dalam menghadapi cabaran akan datang.

Justeru itu katanya, rakyat di negeri dan negara ini perlu memiliki rasa prihatin dan peduli kepada permasalahan bangsa dan negara.

Advertisement

“Kita perlu berusaha untuk membaikpulih mana-mana yang kita nampak mendatangkan kerosakan. Jadikan negara kita sejahtera.

“Kita sepatutnya melafazkan kesyukuran kerana negara dan negeri Johor, kini berada dalam keadaan sejahtera dan semakin bergerak ke hadapan.

“Ingatlah, kita tidak mempunyai tanah air yang lain. Kita lahir, membesar, bersekolah, mencari kehidupan, menempa kejayaan dan membina kebahagiaan hanya di negara ini.

Advertisement

“Kita seharusnya bersepakat menjadikan Johor, malah Malaysia sebagai tempat yang aman dan harmoni untuk didiami, di mana akhirnya pelbagai kejayaan dapat dikecapi hasil kesepakatan ini,” kata Dr Sahruddin.

Beliau yang juga Adun Bukit Kepong berkata demikian pada pelancaran ‘Kempen Kibar Jalur Gemilang’ peringkat Johor di laman rumah limas Kundang Ulu, Tangkak hari ini.

Dalam pada itu kata Sahruddin, tema sambutan kemerdekaan kali ke-62 ini, iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ begitu signifikan dengan situasi negara hari ini.

Advertisement

Beliau mengimbas peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara ini antaranya insiden 13 Mei yang membabitkan isu perkauman yang mengakibatkan permusuhan dan benci-membenci antara kaum begitu tebal sehingga negara diisytihar darurat di beberapa kawasan.

Justeru itu katanya, konsep ‘Muafakat Itu Berkat’ sebagaimana tertulis dalam Undang-Undang Tubuh Johor 1895 yang membawa amalan kemuafakatan menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Advertisement

“Apa yang ingin saya kongsi di sini, dalam erti kemerdekaan dan sejarah negeri Johor berdasarkan jalinan dan keunikan permuafakatan yang tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri di Malaysia.

“Di Johor, 13 Mei hanya memberi kesan calar tetapi tidak sampai bunuh-membunuh. Inilah contoh permuafakatan yang boleh kita jadikan iktibar dan menghargainya,” tambah Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong.

Beliau turut mengingatkan yang rakyat Johor seharusnya berasa amat bertuah, kerana Jalur Gemilang yang telah berkibar selama ini adalah ilham anak Johor, iaitu Mohammad Hamzah, seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor.

Advertisement

“Marilah kita semua bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna bagi rakyat negeri Johor dalam menikmati pembangunan yang sedia ada dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, sosial dan lain-lain berasaskan permuafakatan,” katanya lagi.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top